Jumaat, 7 Oktober 2011

Esok Bajet 2012.

Alhamdulillah.

Dalam orang dok bercakap riuh rendah berkenaan perginya seorang peneraju teknologi terkenal dunia Steve Job. Pastinya banyak mata masih tertumpu kepada kepada apa yang akan berlaku pada petang nanti.
Perdana menteri kita akan membentangkan bajet untuk tahun 2012. Bajet rakyat yang akan menentukan halatuju banyak syarikat besar dan kerajaan itu sendiri.

Jika kita tonton tv atau baca surat khabar, semua tajuk utama menceritakan apa yang dikatakan oleh perdana menteri sebagai bajet rakyat. Adakah ianya betul betul bajet rakyat. Sama sama kita nantikan....

Namun bagi aku, bajet 2012 ini kelihatan lebih kepada bajet pilihanraya. Bajet untuk memancing undi. 

Bagi aku, walau apa pun nama bajet itu, jika wang yang diperuntukkan itu sampai kepada golongan sasar, atau golongan berpendapatan rendah, ianya bagus. Bak kata pepatah lama, "apa ada pada nama". Tul tak?

Aku tak nak komen panjang lebar, nanti boleh menimbulkan fitnah dah syak yang tidak baik. Ada baiknya, jom kita sama sama tengok pengumuman PM esok.

Harap harap, ia akan menjadi bajet terbaik untuk 50++ tahun lebih pemerintahan Barisan Nasianal di Malaysia. Ini adalah kerana, dengan adanya belanjawan yang terbaik, pasti rakyat miskin akan terbela.

Sekian Wassalam.


Ikhlas dari :

Adik Mohamad Haji Man
Founder
Art Media Management
Email : dcilis@gmail.com  |  H/P : 013 20 300 50
Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor, Malaysia.

Nota :  Jazakallahu khayran - Semoga Allah membalas setimpal dengan apa yang kamu lakukan. Amin.

Khamis, 6 Oktober 2011

Pendahuluan : "Rebiew Pertama dari aku "

My Review adalah permulaan cerita untuk aku belajar menjadi penulis blog sepenuh masa. Xculy, Dah banyak blog yang aku buat, tapi semunya tak boleh nak "istaqamah" dalam aku menjadikan blog sebagai satu cara untuk aku meluahkan atau berkongsi pengalaman.

Kenapa ? Hanya Allah yang lebih tahu....

Hari ini, Khamis, 6 Oktober 2011, sekali lagi aku create blog dengan menggunakan domain name "rebiew". Untuk memudahkan urusan pengurusan web, kali ini aku menggunakan sepenuhnya perisian blog free paling popular didunia iaitu blogspot.

Rebiew adalah platform terbaru yang akan aku gunakan untuk aku membuat review tentang apa sahaja topik  berita atau cerita wayang atau drama sama ada dalam atau luar negara.

Rebiew bukanlah satu blog politik atau blog pakatan pembangkang atau kerajaan yang kebanyakan kemunculannya hanya untuk menghentam sebelah pihak. Rebiew lebih kepada pandangan bebas dan hanya akan membuat review berkenaan penulisan atau rakaman yang telah siap dan sudah dipublishkan kepada umum.

Rebiew lebih kepada pandangan personal penulis atau beberapa penulis jemputan yang akan dipantau segala penulisannya.

Sebelum aku pegi jauh, just nak cerita sikit, apa itu rebiew. Rebiew adalah "telo" atau dielek orang kampung aku (Kuala Nerang, Kedah) untuk sebutan REVIEW yang bermaksud pandangan.

Semoga dengan penerangan ini, tidak ada orang yang dok hairan, ni bahasa apa pulak ni...hehehe. Rebiew is just a word ok. Enjoy it!

Ok lah....


Jumpa di lain tulisan....




Ikhlas dari :

Adik Mohamad Haji Man
Founder
Art Media Management
Email : dcilis@gmail.com  |  H/P : 013 20 300 50
Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor, Malaysia.

Nota :  Jazakallahu khayran - Semoga Allah membalas setimpal dengan apa yang kamu lakukan. Amin.